Zaman sekarang ni, nak buat apa-apa pun kena bayar. Nak masuk public toilet pun kena bayar cliche nye ayat . Kalau dulu masuk toilet kena bayar 20 sen pun ada yang merungut, inikan pula sekarang. Sekali masuk toilet kena bayar 50 sen pun ada tau. Zaman millenium ni semua nak senang, cepat dan murah. Orang kata masa itu duit oranglah yang kata,bukan aku . Jadi aku percaya, ramai yang lebih prefer untuk shopping online daripada keluar pergi mall dengan parking-nya nak kena bayar, jammed lagi, bersesak-sesak dengan orang ramai. Tak perlulah aku nak elaborate kebaikan shopping online ni sebab aku percaya korang sendiri pun tau kan.
Kalau dulu, tak banyak platform untuk shopping online ni. Antara yang famous mudah.my dan facebook. Tapi sekarang dah berlambak-lambak. Lazada, Shopee, 11street, Fave, Qoo10, Zalora, etc. Klik klik klik, barang sampai depan rumah dah. Nak pergi bercuti pun senang, tak perlu walk in dan tanya satu-satu hotel untuk menginap especially waktu cuti sekolah atau public holiday. Booking hotel by online je. Ada Agoda, Booking.com, Expedia, Trivago, etc. Jadi senang nak plan percutian awal-awal.
Korang nak tak aku ajar cara untuk dapat cashback/rebat tunai setiap kali korang shopping online? Pernah dengar Shopback? Korang akan dapat cashback setiap kali korang shopping dekat beberapa stores yang tersenarai dalam website Shopback ni. Konsep Shopback ni mudah je. Penjual (contoh Lazada) bagi komisyen dekat Shopback sebab Shopback kenalkan Lazada pada kita (sebagai pembeli), kemudian komisyen yang Shopback dapat tu, dia share dengan kita. Dari situlah kita dapat cashback. Cashback ni nanti dah sampai tempoh matang, kita boleh cash out terus ke dalam akaun bank kita. Best kan?
Ada lebih kurang 500 stores yang tersenarai dalam website Shopback ni. Bukan setakat stores dalam Malaysia, tapi China, Australia, Singapore dan banyak lagi. Antara stores yang famous ialah Lazada, 11street, Zalora, Sephora, Taobao, Aliexpress, Bonds, Adidas, Expedia, Malaysia Airlines, Booking.com, Agoda, dan banyak lagi.
Next post aku akan share macam mana nak dapatkan cashback dengan Shopback ni.. Tapi korang kena register dulu, ok.
P/s, jadilah pengguna bijak, shopping and earn cashback.
No comments:
Post a Comment