Friday, December 8, 2017

Tips jimat dengan Shopback Part 2

Assalamualaikum,

Ini post sambungan daripada post sebelum ni,


Post kali ni aku akan terangkan cara-cara untuk dapatkan cashback daripada Shopback. Kalau korang belum register lagi akaun Shopback, korang boleh klik sini dan korang akan dapat reward RM10 daripada Shopback. Kalau korang dah register, korang akan automatic dapat RM5 dalam akaun Shopback selepas korang verify email dan lagi RM5 selepas korang buat pembelian sekurang-kurangnya RM25 daripada mana-mana stores yang ada dalam website Shopback.

Dalam website shopback, ada lebih kurang 500 stores yang korang boleh kumpul cashback apabila korang shopping. Antaranya, Lazada, 11street, Qoo10, Zawara, Zalora, Fave, Expedia, Agoda, Booking.com, Grab, Uber, Malaysia Airlines, Taobao, AliExpress, Bonds, Adidas, Photobook Malaysia, etc. Jom aku cerita cara dapatkan cashback daripada Shopback.

1. Masuk website store melalui website Shopback
Untuk korang dapatkan cashback daripada shopback, pastikan korang masuk website store yang korang nak shopping tu (contoh Lazada) melalui website shopback. Kalau korang taip sendiri website Lazada di browser tanpa melalui website Shopback, dikhuatiri korang tak dapat cashback tu. Jadi nak confirm dapat, klik lah website Lazada dalam website Shopback ya.

2. Percent cashback yang anda akan dapat
Korang boleh tengok berapa percent cashback yang korang layak dapat untuk setiap pembelian barang. Dalam post ni aku cuma bagi contoh untuk satu store sahaja which is, Lazada. Kalau korang tengok, dekat bawah perkataan Lazada tu ade tulis "up to 11%". Bukan setiap item yang korang beli akan dapat cashback 11%. Ada kategori dan percentage untuk setiap item. Macam contoh gambar kat bawah ni, item under kategori Fashion untuk existing customer cuma dapat 4% sahaja cashback tapi new customer akan dapat 11%. Korang boleh explore sendiri stores lain punya cashback.


3. Cara nak tengok details order dan cashback
Selepas korang dah selesai shopping, dah settle buat bayaran, korang kena tunggu lebih kurang 48 jam untuk Shopback update pembelian korang tadi. Lepas tu boleh cek "Cashback Details". Rujuk gambar bawah ni.


Lepas tu korang boleh tengok details pembelian korang under the tab "Pending" macam ni,


Once detail pembelian korang dah ada dalam tab "Pending", korang kena tunggu lebih kurang 30-60 hari untuk pihak penjual (which is Lazada) validate order korang. Ini untuk make sure korang tak cancel order, return atau exchange semula item yang korang beli. Kalau korang tak ada cancel/return/exchange item, cashback korang akan jadi "Redeemable".

4. Cara nak cash out "Redeemable" cashback
Korang boleh request untuk keluarkan cashback korang once "Redeemable" cashback dah dapat minimum RM10. Klik tab "Payout" dan button "Request for Payout". Isikan details, bank dan nombor akaun. Lepas tu follow je step seterusnya dan tunggu "KACHING!". Duit masuk dalam masa 7-14 hari. Lepas tu boleh sambung shopping lagi.. hihihi

P/s, jadilah pengguna bijak, shopping and earn cashback

5 Tips potong kuku baby. Tips no 4 paling sikit orang buat.

Assalamualaikum,

Aku percaya ramai sebenarnya parents yang takut nak ketip kuku baby, especially yang newborn baby sebab jari baby halus sangat dan kukunya lembut macam isi. Korang sendiri kalau terketip isi sikit masa ketip kuku pun dah menjerit,kan? Inikan pula baby. Oleh sebab risau kuku baby yang panjang tu tercakar kulit baby itu sendiri, jadi parents pakaikan mitten. Termasuklah aku. Tapi tak lama Hanaa pakai mitten sebab aku lebih suka Hanaa explore environment menggunakan jari jemari dia.

Aku nak share 5 tips yang aku guna untuk ketip kuku Hanaa yang aku rasa sangat mudah diaplikasikan dan selamat untuk baby.

1. Tidur/Menyusu
Aku prefer ketip kuku Hanaa masa dia tidur. Sebab masa ni dia kurang bergerak. Kadang tu sambil ketip kuku dia boleh senyum pula. Apa lah agaknya yang dia mimpi. hahaha. Masa menyusu pun baby tak banyak bergerak sebab dia fokus menyusu. Tapi Hanaa menyusu badan, macam mana pula aku nak ketip kuku dia guna sebelah tangan, kan? Jadi aku kena tunggu dia tidur baru aku dapat ketipkan kuku dia. 

2. Suasana tenang, terang dan selesa
Sebelum aku start ketip kuku Hanaa, aku akan pastikan suasana tenang. Takde bunyi bising yang boleh buat Hanaa terkejut. Pengudaraan selesa. Volume kipas yang sesuai dengan cuaca. Tak sejuk sangat, tak panas sangat. Bila dia rasa selesa, dia tidur pun lena je. Tak kisah dah orang usik dia. Selalunya aku akan pasang lampu walaupun hari siang supaya lebih terang dan jelas.

3. Pengetip kuku untuk baby
Pastikan korang guna pengetip kuku yang sesuai untuk baby. Elakkan guna pengetip kuku yang korang guna untuk ketip kuku korang kecuali kalau korang memang confident takkan cederakan jari baby. Pengetip kuku untuk baby biasanya lebih lembut dan mudah kita nak control. Aku guna pengetip kuku brand Lunavie macam kat bawah ni untuk Hanaa. Ada kanta untuk tengok kuku dengan lebih jelas tapi aku tak guna pun kanta tu sebab aku rasa mata aku boleh nampak kuku Hanaa lebih jelas daripada pakai kanta. Hahaha




4. Posisi ibu di belakang baby
Tips yang ni paling penting untuk mengelakkan jari baby cedera masa kita ketip kuku dia. Perhatikan posisi tangan Hanaa dan jari aku di gambar yang pertama. Ibu jari aku mesti berada di bahagian belakang tangan Hanaa dan ketip kuku akan berhadapan dengan aku masa aku ketip kuku Hanaa macam gambar kedua. Bayangkan korang berada di belakang baby, dan korang pegang tangan baby dari arah belakang dia. Automatik tangan korang akan pegang tangan baby sama macam dalam gambar pertama. Dengan posisi ni, aku akan nampak jelas kuku dan 'mata' pengetip kuku setiap kali aku potong kuku Hanaa. Kalau korang duduk di hadapan baby, korang tak akan nampak 'mata' pengetip kuku. Jadi, tendency untuk terketip isi tu ada. 

Lena Hanaa tidur. Sekejap je siap ketip kuku. ;-)



5. Trim
Last but not least, trim lah pakai trimmer supaya kuku yang dah siap ketip tu tak tajam dan mencalarkan kulit baby yang lembut mulus tu.

Dulu sebelum mak aku ada cucu, mak aku adalah babysitter for almost 10 years. Mak aku rabun, jadi setiap kali bab potong kuku baby ni memang aku lah orangnya yang akan disuruh. Hahaha. Inilah 5 tips yang aku selalu pakai bila potong kuku baby. Korang boleh cuba, ok.. Jangan terketip isi lagi tau. All the best!

Thursday, November 30, 2017

Shopback review - Tips jimat shopping online Part 1

Zaman sekarang ni, nak buat apa-apa pun kena bayar. Nak masuk public toilet pun kena bayar cliche nye ayat . Kalau dulu masuk toilet kena bayar 20 sen pun ada yang merungut, inikan pula sekarang. Sekali masuk toilet kena bayar 50 sen pun ada tau. Zaman millenium ni semua nak senang, cepat dan murah. Orang kata masa itu duit oranglah yang kata,bukan aku . Jadi aku percaya, ramai yang lebih prefer untuk shopping online daripada keluar pergi mall dengan parking-nya nak kena bayar, jammed lagi, bersesak-sesak dengan orang ramai. Tak perlulah aku nak elaborate kebaikan shopping online ni sebab aku percaya korang sendiri pun tau kan.

Kalau dulu, tak banyak platform untuk shopping online ni. Antara yang famous mudah.my dan facebook. Tapi sekarang dah berlambak-lambak. Lazada, Shopee, 11street, Fave, Qoo10, Zalora, etc. Klik klik klik, barang sampai depan rumah dah. Nak pergi bercuti pun senang, tak perlu walk in dan tanya satu-satu hotel untuk menginap especially waktu cuti sekolah atau public holidayBooking hotel by online je. Ada Agoda, Booking.com, Expedia, Trivago, etc. Jadi senang nak plan percutian awal-awal.

Korang nak tak aku ajar cara untuk dapat cashback/rebat tunai setiap kali korang shopping online? Pernah dengar Shopback? Korang akan dapat cashback setiap kali korang shopping dekat beberapa stores yang tersenarai dalam website Shopback ni. Konsep Shopback ni mudah je. Penjual (contoh Lazada) bagi komisyen dekat Shopback sebab Shopback kenalkan Lazada pada kita (sebagai pembeli), kemudian komisyen yang Shopback dapat tu, dia share dengan kita. Dari situlah kita dapat cashbackCashback ni nanti dah sampai tempoh matang, kita boleh cash out terus ke dalam akaun bank kita. Best kan?

Klik dan register ShopbackShopback akan bagi RM10 sebagai reward

Ada lebih kurang 500 stores yang tersenarai dalam website Shopback ni. Bukan setakat stores dalam Malaysia, tapi China, Australia, Singapore dan banyak lagi. Antara stores yang famous ialah Lazada, 11street, Zalora, Sephora, Taobao, Aliexpress, Bonds, Adidas, Expedia, Malaysia Airlines, Booking.com, Agoda, dan banyak lagi.

Next post aku akan share macam mana nak dapatkan cashback dengan Shopback ni.. Tapi korang kena register dulu, ok.


P/s, jadilah pengguna bijak, shopping  and earn cashback.

Sunday, May 5, 2013

Dup Dap Dup Dap..

OMG!

OMG!

OMG!!!

-PANIC ATTACK-


OK,

CALM DOWN......

BREATH IN...

BREATH OUT...


EH, ENSEMNYE....

OK, TAK PANIC DA..

HAHA..