Showing posts with label 11street. Show all posts
Showing posts with label 11street. Show all posts

Friday, December 8, 2017

Tips jimat dengan Shopback Part 2

Assalamualaikum,

Ini post sambungan daripada post sebelum ni,


Post kali ni aku akan terangkan cara-cara untuk dapatkan cashback daripada Shopback. Kalau korang belum register lagi akaun Shopback, korang boleh klik sini dan korang akan dapat reward RM10 daripada Shopback. Kalau korang dah register, korang akan automatic dapat RM5 dalam akaun Shopback selepas korang verify email dan lagi RM5 selepas korang buat pembelian sekurang-kurangnya RM25 daripada mana-mana stores yang ada dalam website Shopback.

Dalam website shopback, ada lebih kurang 500 stores yang korang boleh kumpul cashback apabila korang shopping. Antaranya, Lazada, 11street, Qoo10, Zawara, Zalora, Fave, Expedia, Agoda, Booking.com, Grab, Uber, Malaysia Airlines, Taobao, AliExpress, Bonds, Adidas, Photobook Malaysia, etc. Jom aku cerita cara dapatkan cashback daripada Shopback.

1. Masuk website store melalui website Shopback
Untuk korang dapatkan cashback daripada shopback, pastikan korang masuk website store yang korang nak shopping tu (contoh Lazada) melalui website shopback. Kalau korang taip sendiri website Lazada di browser tanpa melalui website Shopback, dikhuatiri korang tak dapat cashback tu. Jadi nak confirm dapat, klik lah website Lazada dalam website Shopback ya.

2. Percent cashback yang anda akan dapat
Korang boleh tengok berapa percent cashback yang korang layak dapat untuk setiap pembelian barang. Dalam post ni aku cuma bagi contoh untuk satu store sahaja which is, Lazada. Kalau korang tengok, dekat bawah perkataan Lazada tu ade tulis "up to 11%". Bukan setiap item yang korang beli akan dapat cashback 11%. Ada kategori dan percentage untuk setiap item. Macam contoh gambar kat bawah ni, item under kategori Fashion untuk existing customer cuma dapat 4% sahaja cashback tapi new customer akan dapat 11%. Korang boleh explore sendiri stores lain punya cashback.


3. Cara nak tengok details order dan cashback
Selepas korang dah selesai shopping, dah settle buat bayaran, korang kena tunggu lebih kurang 48 jam untuk Shopback update pembelian korang tadi. Lepas tu boleh cek "Cashback Details". Rujuk gambar bawah ni.


Lepas tu korang boleh tengok details pembelian korang under the tab "Pending" macam ni,


Once detail pembelian korang dah ada dalam tab "Pending", korang kena tunggu lebih kurang 30-60 hari untuk pihak penjual (which is Lazada) validate order korang. Ini untuk make sure korang tak cancel order, return atau exchange semula item yang korang beli. Kalau korang tak ada cancel/return/exchange item, cashback korang akan jadi "Redeemable".

4. Cara nak cash out "Redeemable" cashback
Korang boleh request untuk keluarkan cashback korang once "Redeemable" cashback dah dapat minimum RM10. Klik tab "Payout" dan button "Request for Payout". Isikan details, bank dan nombor akaun. Lepas tu follow je step seterusnya dan tunggu "KACHING!". Duit masuk dalam masa 7-14 hari. Lepas tu boleh sambung shopping lagi.. hihihi

P/s, jadilah pengguna bijak, shopping and earn cashback

Thursday, November 30, 2017

Shopback review - Tips jimat shopping online Part 1

Zaman sekarang ni, nak buat apa-apa pun kena bayar. Nak masuk public toilet pun kena bayar cliche nye ayat . Kalau dulu masuk toilet kena bayar 20 sen pun ada yang merungut, inikan pula sekarang. Sekali masuk toilet kena bayar 50 sen pun ada tau. Zaman millenium ni semua nak senang, cepat dan murah. Orang kata masa itu duit oranglah yang kata,bukan aku . Jadi aku percaya, ramai yang lebih prefer untuk shopping online daripada keluar pergi mall dengan parking-nya nak kena bayar, jammed lagi, bersesak-sesak dengan orang ramai. Tak perlulah aku nak elaborate kebaikan shopping online ni sebab aku percaya korang sendiri pun tau kan.

Kalau dulu, tak banyak platform untuk shopping online ni. Antara yang famous mudah.my dan facebook. Tapi sekarang dah berlambak-lambak. Lazada, Shopee, 11street, Fave, Qoo10, Zalora, etc. Klik klik klik, barang sampai depan rumah dah. Nak pergi bercuti pun senang, tak perlu walk in dan tanya satu-satu hotel untuk menginap especially waktu cuti sekolah atau public holiday. Booking hotel by online je. Ada Agoda, Booking.com, Expedia, Trivago, etc. Jadi senang nak plan percutian awal-awal.

Korang nak tak aku ajar cara untuk dapat cashback/rebat tunai setiap kali korang shopping online? Pernah dengar Shopback? Korang akan dapat cashback setiap kali korang shopping dekat beberapa stores yang tersenarai dalam website Shopback ni. Konsep Shopback ni mudah je. Penjual (contoh Lazada) bagi komisyen dekat Shopback sebab Shopback kenalkan Lazada pada kita (sebagai pembeli), kemudian komisyen yang Shopback dapat tu, dia share dengan kita. Dari situlah kita dapat cashback. Cashback ni nanti dah sampai tempoh matang, kita boleh cash out terus ke dalam akaun bank kita. Best kan?

Klik dan register Shopback. Shopback akan bagi RM10 sebagai reward. 

Ada lebih kurang 500 stores yang tersenarai dalam website Shopback ni. Bukan setakat stores dalam Malaysia, tapi China, Australia, Singapore dan banyak lagi. Antara stores yang famous ialah Lazada, 11street, Zalora, Sephora, Taobao, Aliexpress, Bonds, Adidas, Expedia, Malaysia Airlines, Booking.com, Agoda, dan banyak lagi.

Next post aku akan share macam mana nak dapatkan cashback dengan Shopback ni.. Tapi korang kena register dulu, ok.


P/s, jadilah pengguna bijak, shopping  and earn cashback.